Polisi Privasi & Maklumat Undang-undang

SCAM HUNTERS mascot thinking about legal matters

Polisi Privasi

Pengumpulan Data

Maklumat peribadi anda hanya diperlukan untuk tujuan penyiasatan, termasuk butiran perhubungan, keterangan insiden, dan bukti sokongan. Semua data dikumpul dengan persetujuan rasmi anda terlebih dahulu.

Penggunaan Data

Maklumat peribadi anda digunakan khusus untuk tujuan penyiasatan, penyelarasan dengan pihak berkuasa, dan menyediakan bantuan sokongan. Data anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda.

Penyimpanan Data

Data anda akan disimpan untuk tempoh maksimum 7 tahun seperti yang disarankan oleh undang-undang Malaysia untuk tujuan penyiasatan. Selepas tempoh ini, semua data peribadi akan dilupuskan dengan selamat.

Hak Anda

Anda akan memperolehi akses untuk membetulkan atau memadamkan data peribadi anda. Anda juga boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Notis Privasi Tambahan

Privasi Anda

Kami menghormati kerahsiaan maklumat peribadi anda. Data dikumpul untuk tujuan perkhidmatan, pemasaran masa depan dengan kebenaran anda dan untuk menambah baik perkhidmatan kami. Akses dihadkan kepada kakitangan khas SCAM HUNTERS Sdn. Bhd.

Persetujuan

Data peribadi anda termasuk nama, alamat, e-mel dan maklumat pembayaran tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga (kecuali rakan kongsi SCAM HUNTERS Sdn. Bhd.) tanpa kebenaran anda.

Komunikasi & Pemasaran

Bagi yang melanggan pemasaran terkini kami, anda mungkin akan menerima e-mel, panggilan atau pos mengenai perkhidmatan terbaharu, berita penyiasatan atau promosi. Anda boleh memilih untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa melalui pautan 'unsubscribe' dalam e-mel atau dengan menghubungi pihak kami.

'Cookies'

Cookies membantu kami untuk mengingati pilihan anda (seperti e-mel yang disimpan) dan memahami proses navigasi pelawat laman web. Anda boleh mengubah tetapan untuk menolak 'cookies', walaubagaimanapun tindakan ini akan menghadkan cir-ciri tertentu.

Statistik Laman Web

Kami mungkin berkongsi statistik agregat dan anonim tentang lawatan atau penukaran dengan pelabur dan rakan kongsi. Penyedia analitik pihak ketiga menggunakan kuki dan kod terbenam untuk mengumpul data penggunaan semata-mata bagi tujuan prestasi dan penambahbaikan.

Pendedahan Maklumat

Data peribadi anda mungkin akan dikongsi dalam kumpulan syarikat kami, dengan pengawal selia, peguam, juruaudit, agensi pemasaran atau penyedia perkhidmatan lain apabila diperlukan untuk tujuan perkhidmatan atau mematuhi kewajipan undang-undang.

Laman Pihak Ketiga

Pautan ke laman rakan kongsi atau pengiklan disediakan untuk kemudahan anda. Setiap laman mempunyai dasar privasi tersendiri dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan mereka. Sila semak dasar tersebut sebelum berkongsi data peribadi anda.

Semakan Butiran Anda

Untuk menyemak atau mengemas kini maklumat anda, sila hubungi kami melalui butiran di bawah. Kami mungkin memerlukan bukti identiti (seperti e-mel dan kata laluan berdaftar) sebelum memproses permintaan anda. Sila pastikan maklumat log masuk anda adalah selamat.

Hubungi Kami

Kami menghargai maklum balas anda. Untuk sebarang pertanyaan, aduan, atau permintaan pemberhentian pemprosesan data, sila hantar e-mel ke contact@scamhunters.my. Pasukan kami akan memberi respon secepat mungkin.

Pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

SCAM HUNTERS Sdn. Bhd. komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Kami hanya mengumpul dan memproses data peribadi bagi tujuan yang berkaitan dengan penyiasatan, perundingan dan sokongan mangsa.

1. **Pengumpulan Data** — Kami hanya mengumpul maklumat yang penting seperti butiran hubungan, penerangan kes, dokumen sokongan dan surat-menyurat, dengan kebenaran anda terlebih dahulu.

2. **Penggunaan Data** — Data anda digunakan untuk menyiasat scam yang dilaporkan, bekerjasama dengan institusi kewangan atau pihak berkuasa, dan kemas kini kes.

3. **Keselamatan Data** — Semua rekod disimpan dengan selamat dan hanya boleh diakses oleh kakitangan khas. Kami menggunakan enkripsi dan langkah keselamatan teknikal bagi mengelak akses atau capaian tanpa kebenaran.

4. **Polisi Penyimpanan** — Rekod penyiasatan disimpan maksimum tujuh (7) tahun dari tarikh penutupan, kecuali diperlukan lebih lama oleh undang-undang atau prosiding undang-undang. Selepas tempoh ini, data akan dipadamkan.

5. **Pendedahan Data** — Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali (a) dengan kebenaran anda, (b) apabila dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah, atau (c) apabila bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sah (cth. Bank Negara Malaysia, MCMC, PDRM).

6. **Hak Anda** — Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data pada bila-bila masa, atau menarik balik kebenaran pemprosesan dengan menghantar e-mel ke contact@scamhunters.my. Permintaan akan diakui dalam masa 30 hari.

7. **Pemindahan Antarabangsa** — Kami tidak memindahkan data peribadi ke luar Malaysia kecuali perlu dan dengan perlindungan yang mencukupi.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan privasi, sila hubungi kami di contact@scamhunters.my.

Hak Data Anda

  • Anda boleh meminta akses, pembetulan, atau pemadaman data.
  • Anda boleh menarik balik kebenaran pada bila-bila masa.
  • Untuk berbuat demikian, e-mel contact@scamhunters.my.

Cara Menggunakan Hak Anda

Proses Langkah demi Langkah

1

Hantar permintaan anda

E-mel contact@scamhunters.my dengan butiran permintaan anda

2

Pengesahan identiti

Kami akan mengesahkan identiti anda untuk melindungi data anda

3

Tindakan dalam 30 hari

Kami akan memproses permintaan anda dan membalas dalam 30 hari

Nota: Sesetengah permintaan mungkin mengambil masa lebih lama jika melibatkan pemprosesan data kompleks atau keperluan undang-undang.

Hubungi Kami Untuk Pertanyaan Peribadi Lebih Lanjut

contact@scamhunters.my
01 172 54 1005

Terma Perkhidmatan

Dengan menggunakan perkhidmatan SCAM HUNTERS, anda bersetuju dengan terma berikut:

  • Anda memberikan maklumat yang tepat dan benar dalam laporan anda
  • Anda bersetuju dengan pemprosesan data anda seperti yang dijelaskan dalam polisi privasi ini
  • Anda memahami bahawa keputusan penyiasatan bergantung kepada bukti dan keadaan yang ada
  • Anda bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa jika diperlukan untuk prosiding undang-undang
  • Anda mengakui bahawa SCAM HUNTERS tidak dapat menjamin pemulihan dana yang hilang

Hubungi Kami

Pasukan kami sedia membantu anda dalam penyiasatan, pemulihan, atau perundingan korporat.

E-mel kami di

contact@scamhunters.my

Hubungi kami di

011 7254 1005

Alamat Pejabat

Kuala Lumpur, Malaysia